TIPS BINA BADAN

Tuesday, November 8, 2011

MANFAAT BUAH DAN GARAM

MANFAAT BUAH DAN GARAM

Bercakap tentang makan buah sebelum makan menjadi sesuatu yang amat janggal bagi masyarakat kita ini kerana kebiasaan kita akan mengambil buah-buahan selepas makan. Jika dilihat tertib makan perlulah didahului dengan buah-buahan.

Buah mempunyai vitamin dan mineral yang amat tinggi untuk badan. Sebelum kita makan pasti perut kita kosong. Yang terbaik adalah kita makan buahan sebelum makan kerana vitamin dan mineral akan lebih cepat menyerap secara optimum ditepi liang-liang perut.

Dengan ini ia dapat memberikan volume kepada perut yang terisi supaya makan makanan yang lain dengan kadar sedikit. Dalam masa yang sama kandungan buah juga mempunyai fiber yang berfungsi sebagai penapis gula yang berlebihan untuk masuk kedalam badan dan tidak berbahaya terutamanya bagi pengidap diabetes dan kencing manis.

Tahukan? Garam merupakan perasa makanan yang tertua. Di dalam garam mempunyai kandungan mineral yang cukup tinggi, sebahagian besarnya adalah nutrium klorida yang mampu memulihkan kehilangan air dan mineral dalam badan jika terkena cirit birit.

No comments:

Post a Comment